Baiklah... Dah lama rasanya tidak menggomel diruang maya ini... sejak memasuki tahun baru, segalanya baru dan ada yang setengahnya bakal baru... contohnya... Laptop... Hp... dan yang dah baru ialah... kehidupan, pengajian, rumah, bilik, house-mate and etc...
Buat pengetahuan kamu semua... Ye... saya sangat-sangat suka akan rumah, bilik dan house-mate baru saya... Masa mula-mula masuk adalah terselit di dalam hati sedikit kerisauan... yelah... rumah baru dan kehidupan baru, takut tak dapat adapt... tapi Alhamdulillah... Dengan jayanya diri cepat menerima persekitaran yang baru.
Daripada berkereta ke kampus dahulunya, Kini, hanya berjalan kaki setiap hari... Itu yang saya suka... Sangat-sangat suka. Perubahan yang sangat bagus saya rasa. Menggapa? Kerana kini hidup lebih berdikari, kerana tidak perlu mengharapkan orang. Tidak perlu bergantung kepada orang.
Saya bangga dengan diri sendiri kerana berjaya mencapai angan-angan... Apakah angan-angan tersebut? Iaitu, memcabar diri untuk tidak berasa terlalu selesa dengan kemudahan yang sedia ada selama ini... Jusco, Tesco, Melaka Central berjalan kaki. Suka! Saya suka dengan kehidupan sekarang. Kini saya boleh memasak tiap-tiap hari...
Rumah sangat-sangat dekat dengan semua tempat menarik! Jusco! Tesco! UiTM! MC! Popular! 7Elevan! dan banyak lagi... saya suka... tiap-tiap hari berjalan ke kelas ditemani dua sahabat yang best... Gemox dan Chihuahua... Sentiasa bertiga... bersama Cik Quyah... berjalan pagi-pagi...
Lagi yang saya suka, sekarang bangun lewat pun tak perlu risau sangat... Rumah dekat. :) Itu yang paling best! :) Rumah tidak sebesar mana, tetapi kalau gembira rumah yang kecil pun terasa besar! :)