Thursday, November 25, 2010

Kawan : 1

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah setelah berhempas pulas melawan perasaan mengantuk untuk menghantar adik lelaki aku ke sekolah kerana beliau akan menduduki peperiksaan SPM kertas sejarah hari ini. Malam tadi sekali lagi aku tak boleh nak tido... tak tahu lah kenapa... mata semacam degil untuk berehat selepas seharian 'bekerja'... *Tak boleh bla ayat ni~* Sebelum menghantar beliau ke sekolah telah beliau titipkan pesanan...

'Angah, sebelum sampai sekolah... Ko singgah kedai jap... aku nak beli air...' Wah duh... nak minun air pun kena beli kat kedai ke adikku??? Tapi tak apalah... Disebabkan beliau nak masuk dewan periksa maka aku turutkanlah juga...

Sampai kedai dekat je dengan sekolah beliau... ada beberapa pelajar sekolah beliau sedang melepak mungkin tunggu nak masuk sekolah awal sangat kot~... Berhenti sahaja kereta... Aku hulurkan 'pitis' belanja harian sekali dengan hutang rm2 semalam 'short' nak bagi duit belanja tapi tak cukup duit... Wah duh... begitu gembira adik aku dapat duit... Sape tak suka dapat kan???

Tunggu punya tunggu... maka kembalilah beliau... tiba-tiba...
'Angah besar tak motor budak tadi???'
'Ha~ Entahlah Bang... tak nampak aku...' Ringkas dan padat jawapan aku... 'Kawan Ko ke tu Bang?'
'Tu Muhsen lah Ngah...'
'Apa???? Muhsen???'... Terkejut sebab selama ni aku tahu dorang gaduh... Gaduh sebab kalah 'bet'... Hurm... Itulah lelaki... EGO besar Gajah! 'Ko dah bebaik belum dengan dia Bang???' Tanya aku...
'Kawan gitu-gitulah Ngah... Dia tegur aku tadi... Aku mana tegur dia dah... sejak kawan balik dia yang tegur aku...'
'Oooo... Al-kisah...' Seingat-ingat aku dorang tu kawan baik lah sangat... kemana saja berdua... bagai isi dengan kuku... terimbas kembali sejarah mereka...
'Eh... bukan ko dengan dia baik tersangat-sangat ke Bang???'
'Ko apa tahu Ngah... Dia tu kawan cakap belakang...'
'Ha???... Dia cakap belakang ke??? Aku cam tak caya pun ada... Lelaki main cakap belakang jugak ke??? Hurm... Memang ada pun... Dikalangan kawan laki aku pun ada... Macam Pompuan! Benci... Cakap bukan main gebang... tapi sebab benda kecik... My God~
Aku tak puas hati... Maka aku tanya lagi...
'Dia cakap apa Bang??'
'Dia cakap... Kawan dengan aku tak ADA GUNA!' Wah~ reaksi aku... Banyak cantik... 'Dia cakap kawan dengan Ko tak ada GUNA Bang???!' Sedikit marah di situ... sebab...
'Ah~ Dia tak ingat dulu... masa dia nak kena pukul... sapa yang tolong??? Aku jugak... Aku turun sorang-sorang tolong dia... DULU... motor dia pancit... sapa yang tolong tukar tayar??? Yang dia reti... Call je... mana reti nak wat sendiri...' Sian adik aku... Ada ke patut kawan cakap macam tu???

Hurm... Aku bukan apa sangat pun... aku pun memang ada masalah dengan kawan jugak... Bukan apa... teringat saat-saat bila 'kawan' susah... sapa yang tolong... Bukan nak mengungkit... tapi itulah realitinya...
Teringat masa kawan adik aku tu xcident... sapa yang tolong jaga, hantar, rawat dia masa dia sakit??? Masa parent dia tak ada??? Adik aku jugak... * marah * Lupakah beliau terhadap jasa-jasa sahabat dia ini???

Kesal... itu lah yang aku rasa sekarang ni.... Susah betul nak cari kawan yang betul-betul tulus... betul-betul 'kawan'... Kawan yang tak berkira sangat dengan kita... Aku bersyukur sebab masih ada kawan yang sebegitu walaupun kawan yang dahulu yang aku anggap 'kawan susah senang' hilang tah kemana... *ke laut mungkin???*

Terima kasih NURHAFIZAH ZAHARI... NURSHAFIQA AZIZ... kerana sentiasa setia di sisi... Terima Kasih ALLAH... Kerana masih menyayangi aku... dengan menghadiahkan kawan yang begitu setia dalam susah senang...

Ah~ Berbalik cerita kita...Kesal.... ya itulah yang aku rasa... Siapalah yang tak kesal... Kita mengharapkan sebuah ikatan persahabatan itu berkekalan... ikhlas dalam berkawan... tapi ini hasilnya... mungkin pada mereka yang bergelar 'kawan SAHAJA' *Kawan yang ada time senang, time sush... mana ko lah mangkuk???* mengaggap kawan untuk kawan sahaja...

Hello adik... mai Akak nak betau ni... kita ni manusia... Allah ciptakan untuk berkasih-kasihan... Untuk tolong-menolong... saling memerlukan... Mungkinlah ada yang boleh hidup sorang-sorang... tapi fikirlah... Ko nak p beli barang pun ko nak bayar kat 'cashier' kan??? Orang jugakkan??? Ha... Ko belajar... sapa yang ajar ko??? Cikgu kan??? Orang jugak kan??? Nampak tak??? Nampak tak kita ini dicipatakan untuk saling memerlukan... sama jugak lah dengan konsep kawan! Ko perlukan kawan~

Alah~ Bukan nak cakap tak ada kawan mati...Bukan... tapi kita perlu kawan untuk bersosial... bukanlah nak p ajak 'clubbing' segala... tapi untuk mendorong dan didorong... Ada kawan untuk berkongsi... bak kata ayat omputeh...'Sharing is Caring... Caring is Loving...' Bak kata orang melayu jugak.. 'Bersatu teguh... bercerai roboh...' Hurm... korang fikirlah sendiri apa maksud aku ni ha~...

Kesimpulannya... Janganlah jadi macam orang yang tak sedar diri... Mari kita muhasabah diri... Cari mana silap dan cuba berubah... Bak kata Adik laki aku yang sorang lagi tu... We learn from mistake... Let the mistake guide us to be a better person... Kita masing-masing manusia biasa... Hargai persahabat kerana bukan senang nak berkawan... bertahun kawan... tapi sebab benda bodoh ko putus kawan... Tak sedih??? Tak kecewa??? Bagi aku sedih dan kecewa sebab bagi aku... Kawan yang mewarnai hidup aku... Jangan lah jadi macam 'kera sumbang'... *Betul ke ayat aku ni???* Sekali berkawan, selamanya kawan... Hargai kawan anda... Sayangi mereka... Ikhlas itu penting.... Percayalah... Kalau kita ikhlas dalam berkawan... Tali persahabatan itu akan kekal, akan membawa kebaikan pada kedua-dua belah pihak... Insya'Allah...

2 comments:

  1. wah..btol ape aza tulis tu.. "ikhlas itu penting"
    pka ske ayat tu..lau x ikhlas mcm2 ley jd...
    pka ske cite nih sgt sb ade name pka! ahhahah luv u aza kwn gay pka 4ever!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Hahaha.... I gay with you pika! Yup... ikhlas itu penting dalam membina ikatan... *cewah!*

    ReplyDelete