Monday, January 10, 2011
Saya Suka Kehidupan Baru Saya.
Monday, December 20, 2010
Airmata Seorang Along.
Sunday, December 12, 2010
Apa kaitan Cinta dengan menunggu bas?
Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Anda nengok bas tu dan anda akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa . Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan. "
Jadi, anda pun biarkan bas buruk tu berlalu dan anda bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni anda kata, "Emmm... . tak de air-cond... cuaca pulak panas . Lebih baik saya tunggu bas yg lain ."
Dan sekali lagi anda biarkan bas tu berlalu dan anda bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru anda perasan yg anda pula dah terlambat rupanya. Anda mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah anda sedar bahawa... anda dah naik bas yg salah.
Jadi, selama ni anda dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg anda nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah anda dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk anda.
Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg anda idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan ?
Sekiranya anda dapati "bas" itu tak sesuai dengan anda, apa yg perlu anda lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti anda semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Anda nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg anda nanti-nanti kan ), anda tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak anda dan terus berlalu tinggalkan anda !
Hahahaha... . So, bila ada bas yang lalu melintasi anda macam tu, apa yang anda patut lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, anda akan terjatuh dan menyakiti diri anda sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada anda nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri anda
Dan awas bila anda berjalan, anda sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta.
Sunday, November 28, 2010
Korea, Impian dan Harapan.
Kenapa excited sangat??? Entahlah... xtau nak cakap camne... Klo org yang pernah alami camni je y tahu... Ha~ Dulu masa aku minat bagai nak mati dekat 'Gu Jun Pyo' A.K.A Lee Min Ho... Kakak aku kutuk macam-macam... Tapi sekarang??? Baru dia rasa apa yang aku rasa... Sekarang ni dia duk minat kat artis filipin yang aritu TV3 tayang... ala yang cite Stairway To Heaven... tapi yang filipin punya... Dia duk minat nak mati kat heroin pompuan tu... Ha... Siap cakap kat Cik *Which i called my mum Cik* 'Barulah Along tahu camne perasaan Angah dulu camne...' Ha... Baru Ko tahu ye???
I bet everyone have this kinda feeling kan??? Xboleh lari meh~ sebab minat kite boleh jadi sangat 'gila'... Seriously... Aku pernah buat keje gile sebab minat nak mati kat Lee Min Ho ni... Duit??? Jangan cakaplah... banyak duit habis tuk Kekasih Hatiku yang sorng tu... *Hakhakhak... jangan marah...* Gile takgilenya aku... p sign up as member kat satu forum ni... kat situlah aku menghabiskan masa dan duit... Demi kerana... LEE MIN HO... Hanya kwn-kwn yang tahu aku ni minat korea je tahu camne perasaan aku time tu... Menangis tiap kali teringat... *serious aku nagis*... Kawan aku time tu dah naik benci ng Lee Min Ho sebab aku... Tapi nak wat camne??? Dah aku jatuh cinta pada dia...
Ha... Tu time sangat gile... tapi sekarang dah kurang... mgkn sbb dah masuk degree, masa x banyak... Assignment pun makin bertimbun... Mungkin sebab tu lah... Lagi-lagi sejak duduk sendiri... duit pun x banyak... *Maaf sayang sebab i dah xde masa untuk u... hahaha* Well... sampai adik-adik aku pun terjebak sama... Ha! Lagi la... Siap pandai cakap korea lagi... *sikit-sikit la x fasih sangat*... Dek kerana minat tu... Kan bagus kalo minat nak belaja pun macam minat korea??? *Harapan la sayangku~*
Tahun ini aku sempat jugak lah pegi konsert Super Junior, Fan-Meeting U-kiss and etc... tahun depan??? Xtahu lagi lor~ Insya'allah... Sekarang ni pun banyak drama korea aku tertinggal... dah terlalu banyak sangat cite keluar... sampai aku pun xtahu nak tengok yang mana... Ni semua KOREA punya pasal... Aku x salahkan KOREA... sebab korea amat-amat membahagiakan hidup aku... *Ah~ tipu!* Tipu??? Tau x nape??? Penah rasa tak... bila kita minat yang tersangat-sangat sampai rasa memderita???? Ha~ tu akulah... orang lain aku xtahu...
Teringat lagi masa aku bersusah-payah usaha nak jumpa Le Min Ho kat Kl... Frust sangat-sangat sebab xdpt nak jumpa dia dapatkan siggy dia... *Sobsobsob* sampai sebulan menci... patah hati... punya pasal... tapi dah jumpa balik member yang minat dia... ha~ Cinta balik... Sambung balik sayang tu... *lawak sangat time ni*
Sebulan tau... sebulan... bapak menci la time tu... bile teringat... hati pilu sangat... nagislah bile teringat... Wah~ Hanya Allah je tahu persaan aku time tu... Hebat xhebatnya penangan Korea... *wink wink*
Tapi... sejak... aku ngn dia kawan... aku ng y sorg lagi tu dah x kwn... aku dah kurang sikit ng korea... tambah-tambah lagi Lee Min Ho x kua cite baru... Tapi hari ni wat aku sedar... Wat aku sedar diri... wat aku kembali minat balik... exited weh layan korea ni... xtipu... Wat aku sedar and ingat balik impian aku... tahu x apa impian aku??? Nak p korea... Kalo boleh nak stay kat korea tuk beberapa tahun... and yang x boleh bla... nak kawen ng org korea! *perasaan la* tapi tu x mustahilkan??? hehehe...
Hurm... Baru-baru ni gak hidup aku macam 'hell'... lagi-lagi ng dia tu... kalo ko pun ada planning hidup ko... aku pun ada pe~ Thanx again sebab wat aku sedar balik benda yang aku dah lupa... iaitu~ Korea! Aku nak capai impian aku gak... Bukan lah maksudnya ng dia aku x capai... tapi... ko ada life ko... aku pun ada... So, after habis blaja... insya'Allah lagi 1tahun setengah ni... aku keje jap... kumpul duit banyak sikit... pastu try cari keje kat korea... keje and having fun~ *Insya'Allah*... Aku dah bosan 'mengharapkan' aku dalam planning ko... So, aku move on... *sedihnye*
Kalo Ko tuk aku... pegi jauh mana pun, pegi mana pun... Kita akan jumpe... Kalo ada jodoh kita... Allah akan mudahkan... serasi ke tak... itu bukan masalah... Payah macam mana pun aku nak jugak try... Aku caya, kalo aku nak, aku akan usaha dapatkan... Mgkn ko akan cakap mustahil... tapi aku nak jugak! So, aku akan capai impian aku... ko capailah impian ko... Oh Lee Min Ho ku... Sabar Ye sayang... Xlame je lagi kita akan jumpa... *bweeeek* hahahaha
Tuesday, November 23, 2010
Soalan Maut Dari Paderi.
Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."
Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "
Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"
"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"
mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah )