En.Dimo Belli...
Tetapi selepas beberapa minggu bersama, nampaknya mereka berdua tidaklah sesuai untuk bersama. Kenapa aku cakap camtu?? Kerana.... En.Dimo yang awal-awalnya diberi nama 'Belly' oleh En.Labu yang daripada gemok atau sihat telah menjadi tersangatlah kurus... En.Dimo seakan-akan mogok tidak mahu menyentuh seekor cengkerik pun. Atau lebih tepatnya tidak mahu makan!
Bila ditanya mengapa En.Dimo jadi macam tu? En.Labu ringkas memberi jawapan...'Dia stress... tempat baru, xbiasa lagi...' Wah! Hurm... mungkin... Maka, kami dengan fahamnya memberi masa kepada En.Dimo untuk menyesuaikan dirinya... *cewah~*
Hari berganti hari... keadan Dimo seakan semakin parah kerana seperti Dimo tidak bahagia dengan tuan barunya. *Mati aku klo Si Labu tu baca~* Si tuan yang runsing turut mengheret aku sama runsing bersama-sama... *cewah!* Runsing yang mendalam telah menbuat hati En.Labu berputus asa dan berubah... Maka, terjadilah cinta yang beralih arah... *sob3*
Dek kerana Dimo tidak melayan, En.Labu telah membuat keputusan untuk memindahkan hak penjagaan Dimo kepada orang lain... Setelah beberapa orang menolak... *yeke???* akhirnya aku dengan bangganya menawarkan diri untuk menjaga Dimo... Selepas kata sepakat dicapai aku pun buatlah persiapan apa yang patut...
Google sana, google sini... memcari maklumat tentang Dimo... Nak jaga Dimo kite kenalah amik tahu semuanya... takkan nak buta-buta amik kan?? Hu~ rupa-rupanya... Dimo ni ade macam-macam spesis... Nak mencari maklumat bukan main payah... tapi itu tak pernah mematahkan hasrat aku... dek kerana kesian dan sayang akan En.Labu... Tak sanggup tengok beliau runsing~
Di dalam kesibukan aku membuat persiapan, En.Labu dengan riangnya memberitahu beliau telah mendapatkan penganti Dimo... Kejam sungguh! *Kejam ke???* Aku rasa makin parahlah Dimo... Hati dia hancur agaknya... Tapi takpe...Aku kan ada??? Eh~ sambung cite... Aku tak berapa nak setuju... kenapa??? Sebab takut seekor lagi binatang terseksa... hehehehe... *parah aku klo En.Labu baca...*
Willo... seekor ikan jenis 'yellow tail arowana'.. hamik ko! bukan main nak arowana~ Bukan main excited lagi Si Labu dapat Willo... Buat pengetahuan anda... nama Willo aku yang bagi... sedap tak??? Sedapkan??? *kikiki... perasan* Bak kata En.Labu... Willo jenis makan ulat... tapi selepas satu kejadian ni... dia dah xnak bagi makan ulat... tambahan plak En.Labu ni 'penggeli' orangnya... Maka, udanglah hidangan harian Willo...
Berbalik kepada cerita Dimo... selepas segala persiapan telah dibuat maka hari yang dinanti-nanti pun tiba... tanggal 5november dengan rasminya aku menjadi penjaga yang baru kepada En.Dimo Belli... *ayat tak boleh lah nak blah kan???* Hurm... adik-adik aku bukan main excited lagi... aku plak risau takut Dimo mati terkejut je tengok manusia-manusia yang ramai... yelah... umh En.Labu tak berapa nak ramai orang... bertukar persekitaranlah katakan...
Nilah Dimo...
Ni gambar aku amik kat website... So, yang real Dimo kecik lagi...
Setakat ni jelah aku taip... Sok-sok plak cite psl Dimo... Banyak plak nak tulis... Hari aku tengok Dimo dah makin active!!! Yeay!!!
No comments:
Post a Comment